Home Artikel PAS Johor

PEMUDA PAS KAWASAN SEKIJANG HADIR KE PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO

178 views
SHARE

PEMUDA PAS KAWASAN SEKIJANG HADIR KE PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO.

6 Julai 2019(Sekijang):

Pada hari Sabtu,6 Julai 2019 yang lalu Pemuda PAS Kawasan Sekijang bersama wakil kepimpinan PAS Kawasan Sekijang telah dijemput hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang di Dewan Segamat Golf County Club, Segamat,

Suasana yang tenang dan malam yang mendamaikan disulami warna-warni ceria di Dewan Segamat Golf Country Club,Segamat seakan gembira menyambut kehadiran kepimpinan PAS Kawasan Sekijang dan Ketua Pemuda Kawasan Sekijang,Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aiman Zulhakim Al-Hafiz Bin Ma’arof.

Beliau hadir diiringi Yang Dipertua Kawasan Sekijang,Ustaz Maarof Bin Abd.Mutalib dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang,Normala Sudirman.
Normala juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor sesi 2019-2021.

Kedatangan delegasi kepimpinan PAS Kawasan Sekijang disambut mesra oleh Tuan Hj.Mohd.Nor Saidil Bin Ibrahim,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang dan kepimpinan UMNO Bahagian Sekijang.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Dr.Hj.Baharum Bin Mohamed,Ketua UMNO Bahagian Sekijang.Turut sama hadir adalah Tuan Hj.Anuar Abd Manap,Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang dan Puan Rahana Binti Mohamad,Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang.
Puan Shabariah Jamaluddin ,Ketua Puteri UMNO Bahagian Sekijang juga hadir dalam majlis perasmian ini.

Semoga ukhuwwah yang terjalin mesra dan hubungan erat atas dasar penyatuan ummah demi Islam ini akan terus erat dan tersimpul kukuh di bumi Sekijang .


“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”.