Home Artikel PAS Wilayah

Tahniah Ustaz Azhar Yahya Atas Pelantikan Sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

106 views
SHARE

TAHNIAH USTAZ AZHAR YAHYA DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN SESI -2021

Dewan Ulama’ PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Ustaz Haji Azhar Yahya sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan bagi sesi 2019-2021. DUPWP menganggap pelantikan Ustaz Azhar Yahya sebagai suatu pengiktirafan kepada Dewan Ulama’ bagi memimpin organisasi PAS yang mencabar di tengah ibu kota metropolitan ini. Sekaligus, ia memberi nafas baru kepada perjuangan Islam dengan kepimpinan baharu bagi menggantikan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad.

DUPWP mendoakan Al Fadhil Ustaz Azhar diberi kekuatan dan ketabahan bagi mengharungi cabaran terutama berdepan dengan politik mendatang. Landskap politik dan dakwah yang berbeza memerlukan insan secekal dan seteguh Ustaz Azhar Yahya. Kami yakin, dengan dokongan seluruh penggerak dan ahli PAS WP, tiada cabaran yang tidak mampu dihadapi hasil kerjasama semua pihak dan istiqomah dalam perjuangan.
Buat Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad, DUPWP merakamkan penghargaan di atas pengorbanan dan perjuangan beliau selama sedekad memimpin PAS Wilayah Persekutuan sehingga PAS WP mampu berdiri sehebat dan seteguh ini. Semoga Allah membalas segala jasa dan sumbangan beliau dengan pahala dan ganjaran setimpal.

USTAZ HJ MD ALI BIN JAMIL
Ketua Dewan Ulama’ PAS Wilayah Persekutuan