Home Berita PAS Johor

Pemuda PAS Johor bekerja untuk calon PAS

99
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 2 Nov : Pemuda PAS Johor akan bekerja memenangkan calon PAS untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

“Kami juga akan memastikan calon PAS ini membela Islam, Melayu, Bumiputra dan tanah air serta mengangkat suara anak muda”.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Jentera Pemuda PAS Johor, Azlan Alias sewaktu dihubungi wartawan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyatakan pasukan kempen pemuda fokus mendekati first-time voters.

“Pasukan kempen pemuda kita memfokuskan aktiviti-aktiviti ke arah menarik minat anak muda dengan bantuan pemuda kawasan masing-masing supaya kita dapat mendekati anak-anak muda terutamanya untuk first-time voters yang baru kali pertama mengundi bagi pru ke-15 ini”, katanya.

Seramai 4 orang calon Perikatan Nasional yang mewakili PAS akan bertanding di Johor untuk Pilihanraya ke-15 setelah diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu perjumpaan khas di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.

Dalam ucapan TSMY, Perikatan Nasional akan meletakkan calon di 169 kerusi parlimen bagi menghadapi PRU-15 kali ini.

Sebelum ini, Negeri Johor telah mengadakan Pilihanraya Negeri pada Mac yang lalu dan Barisan Nasional mendapat 40 kerusi, Perikatan Nasional (3), PH (12) dan Muda (1).

PRU 15 diadakan setelah berlaku pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri setelah diperkenankan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pembubaran parlimen telah diumumkan pada 10 Oktober lepas.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November dan tarikh keluar mengundi pada 19 November.