Larkin, 15 Jun 2017 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru di bawah Lajnah Dakwah terus menyuburkan program berbentuk dakwah dan kebajikan dengan mengadakan “Program Singgah Sahur” di sini pagi tadi.
Program Singgah Sahur yang dijalankan bertujuan menghidupkan sunnah bersahur ini antaranya mengunjungi Balai Bomba dan Balai Polis Larkin. Pek-pek makanan, termasuklah kuih raya dan kerepek telah diserahkan kepada angota-anggota yang sedang bertugas dan disempurnakan oleh Ustaz Abd Haffizd Abd Karim, AJK Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru.
Seterusnya, rombongan bergerak dan menyantuni gelandangan, dan para pemandu di Terminal Larkin dengan pek-pek makanan dan minuman. Sebanyak 60 pek makanan sahur telah diagihkan dalam program ini.
“Kita hadir pada hari ini sebagai pembawa mesej Islam, menyantuni saudara-saudara kita atas dasar ukhuwah Islamiyyah, agar Ramadhan ini dapat menjadikan kita lebih menghampiri Taqwa diakhirnya nanti,” ujar Ustaz Abd Haffizd
Alhamdulillah, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa oleh PAS sekarang ini, berjaya membuka lebih luas penerimaan orang ramai terhadap parti Islam ini.
{jathumbnailoff}