Home Artikel PAS Sarawak

Program Rindok Dekah : Lauk Kari Ayam Menjadi Pilihan

462
SHARE

Batang Lupar, 13 Jun – “You don’t need a silver fork to eat good food”. Makanan yang baik dan berkhasiat tidak semestinya makanan yang mahal harganya. Makanan di rumah yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan terjamin halal serta kebersihannya adalah jauh lebih baik daripada makanan mewah di kedai luar sana. Menyedari hakikat ini, PAS Cawangan Hilir Pusa dengan kerjasama PAS Kawasan Batang Lupar mengambil inisiatif untuk meneruskan siri PROGRAM RINDOK DEKAH! buat kesekian kalinya.

Menariknya program kali ini adalah AJK PAS Cawangan Kg Hilir Pusa membawa kelainan dengan menjadikan menu Kari Ayam sebagai menu tambahan bagi seluruh Kampung Hilir Pusa pada hari tersebut. Hidangan tradisional sentiasa menjadi pilihan utama penduduk di sini. Bak kata orang Sarawak, “Kita tok, kenyang makan nasik jak, sik sempat mok layan spaggetti”. Benarlah, nasi berlauk dan orang Malaysia berpisah tiada.

Gotong-royong memasak dimulakan dengan penyediaan bahan untuk memasak, proses memasak dan seterusnya edaran sebanyak 200 bekas kari ayam ke seluruh kampung pada petang itu. Berkat semangat kerjasama, penat bekerja tidak terasa. Kepuasan tergambar di wajah setiap individu yang bekerja terutamanya apabila ada antara penduduk kampung mengangkat ibu jari sambil mengucapkan “Sidak PAS nang antap!” semasa menerima kari ayam tersebut. Ungkapan “Nyaman nar rupa kari ayam tok”, turut meniti di bibir-bibir penduduk kampung pada petang itu. Alhamdulillah.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh saf kepimpinan PAS Cawangan Hilir Pusa yang dipimpin oleh En.Wan Dahlan bin Wan Pakeh kerana telah berjaya menyebarkan bahagia kepada seluruh penduduk Kampung Hilir Pusa. Hanya Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

“Tangga pun dah nyaman, apatah lagi mun dimakan”

#PAS Kawasan Batang Lupar
#Kamek Prihatin
#Kamek Sayang Sarawak

 

{jathumbnail off}