Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Jerlun sumbang “Mobile Phone” kepada pelajar asnaf

597
SHARE

JERLUN, 23 Januari 2021 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun (DPPKJ) telah mengambil inisiatif menyumbang “mobile phone” kepada beberapa pelajar yang kurang berkemampuan.

Program sumbangan ini merupakan usahasama diantara DPPKJ dan NGO Jerlun Care. Sumbangan ini digerakkan setelah menerima aduan yang mengatakan masih ramai lagi pelajar di parlimen Jerlun ini yang mengalami masalah pembelajaran online di rumah akibat tiada gajet.

Ziarah kami tadi juga dapat melihat sendiri bagaimana ada keluarga yang ada 6 beradik yang terpaksa berkongsi phone ketika waktu pembelajaran, ada yang terpaksa mengunakan phone ibunya untuk dikongsi dengan 3 beradik dan yang lebih sedih lagi ada yang tiada langsung.

Pihak kami bercadang meneruskan lagi sumbangan “Mobile Phone” ini, tapi apakan daya dana agak terbatas.

Kami mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan tuan puan yang mahu terlibat dalam sumbangan “mobile phone” fasa ke 2, bolehlah menyampaikan sumbangan ke :

Maybank | 552068512164 |
Pertubuhan Penyayang Jerlun (Jerlun Care)

Semoga usaha murni ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dari arus pembelajaran secara digital masa kini berikutan pandemik COVID-19.