Home Artikel PAS Melaka

Guna kuasa bantu rakyat – YDP PAS Alor Gajah

254
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 24 Jan : “Kerajaan pada hari ini haruslah menggunakan segala kuasa yang ada demi membantu rakyat samada menerusi pembentukan polisi yang baik malah juga dari segi bantuan kebajikan.

“Pengumuman program bantuan Food Bank Prihatin Melaka (FBPM) oleh Perikatan Nasional (PN) beberapa hari lepas adalah inisiatif yang baik dalam membantu rakyat Melaka yang terjejas terus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, PAS Kawasan Alor Gajah perlu mengambil manfaat dalam program ini dalam mengesan mereka yang memerlukan dan seterusnya membantu menyampaikan sumbangan ini.

Kata beliau lagi, dalam masa yang sama semua ahli PAS mestilah juga menjaga SOP yang telah ditetapkan dalam membendung pandemik Covid-19 dari terus berleluasa.