Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pemuda PAS hantar memorandum bantah daftar pemilih kepada SPR

508
SHARE

MEMORANDUM

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN

KEPINCANGAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU 1 TAHUN 2017


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) memandang serius beberapa kepincangan yang dikesan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku 1 Tahun 2017. Di antara perkara yang dikesan adalah seperti berikut:

1. Berlaku proses pemindahan pengundi daripada kawasan yang calon Barisan Nasional kalah dgn majoriti yang besar ke kawasan yang calon PAS menang dgn majoriti di bawah 1500. Pemerhatian kami, tumpuan pemindahan pengundi ini melibatkan DUN yang diwakili oleh EXCO Kerajaan Negeri iaitu YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan di N34 Temangan. ( Rujuk lampiran 1 )

2. Kami juga mengesan sejumlah pengundi yang dimasukkan ke daerah mengundi di dalam DUN Bukit Panau yang menyatakan lot rumah yang tidak wujud. Perkara ini dibuktikan dengan cabutan geran tanah dari Pejabat Tanah Jajahan. ( Rujuk lampiran 2)

3. Pemindahan pengundi secara pukal daripada satu parlimen ke parlimen lain. Contohnya, daripada Parlimen Pengkalan Chepa ke Parlimen Machang dan Parlimen Rantau Panjang ke Parlimen Tanah Merah. ( Rujuk lampiran 3 )

4. Kami juga dapat mengesan sejumlah pengundi yang dipindah masuk ke Daerah Mengundi dalam DUN Bukit Panau tetapi masih bermastautin dalam Parlimen Rantau Panjang.( Rujuk lampiran 4 )

5. Kami juga mendapati melalui semakan yang telah dibuat di pejabat SPR, hampir sebahagian besar pengundi yang dipindah masuk menggunakan nombor telefon yang sama. Sebagai contoh, satu nombor telefon digunakan bagi 10 orang pengundi. ( Rujuk lampiran 5 )

6. Kekeliruan juga hampir terserlah apabila kami dimaklumkan bahawa melalui pekeliling SPR yang baru, orang yang dibantah boleh untuk tidak hadir pada hari perbicaraan. Memadai dengan diwakili oleh pihak lain atau keluarga angkat yang berkenaan. Sebelum daripada ini, menjadi syarat orang yang dibantah perlu menghadiri sendiri sesi perbicaraan sebagaimana dalam garis panduan yang ditetapkan di para 5.2.2(a). ( Rujuk lampiran 6)

7. Sebelum ini juga, menjadi syarat bahawa pengundi yang dipindah masuk itu mestilah bermastautin di daerah mengundi berkenaan. Sebaliknya, senario hari ini pihak SPR membenarkan pengundi yang dipindah masuk tadi boleh hanya sekadar singgah atau tinggal sementara di mana mana rumah dalam lokaliti di daerah mengundi berkenaan, maka ianya dikira juga sebagai pemastautin. ( Rujuk lampiran 7)

8. Kami juga amat kesal dengan sikap SPR yang menguruskan perbicaraan kerana ada di kalangan pembantah kami yang dihalang untuk berhujjah dan kemukakan fakta. ( Rujuk lampiran 8 )

Oleh yang demikian kami mendesak pihak Suruhanjaya Pilihanraya melaksanakan perkara berikut dalam tempoh 48 jam :

1. Menggantung semua pemindahan masuk pengundi sehingga satu siasatan terperinci dilakukan keatas perkara perkara yang ditimbulkan diatas.

2. Mengembalikan semula pembekalan cakera padat RDPT kepada parti politik seperti sebelum ini agar memudahkan proses menyemak pergerakan pengundi dengan lebih mudah bagi mengelakkan sebarang manipulasi oleh mana mana pihak.

Sekian Terima Kasih

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ustaz Razuan Awang Hamad Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

{jathumbnail off}