Home Artikel PAS Perak

Pemergian Veteran PAS Dirasai

161 views
SHARE

Pemergian Veteran PAS Dirasai


LENGGONG : PAS Kawasan Lenggong melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Haji Lop Mat Piah, 72, veteran PAS dari Kampung Gelok yang telah kembali ke rahmatullah, 23 Mei lalu.

Kehilangan al-Marhum amat dirasai oleh PAS Lenggong atas jasanya sebagai ahli yang banyak menyumbang dalam perjuangan PAS.

Semasa hayatnya al-Marhum merupakan penyokong kuat PAS dan sentiasa memberikan komitmen dalam apa-apa jua program yang dilaksanakan di sekitar kawasan Lenggong.

Al-Marhum juga merupakan seorang yang disenangi oleh masyarakat setempat.

Turut hadir dalam solat jenazah dan majlis pengebumian al-Marhum Ketua Kebajikan Pemuda Pas Kawasan Lenggong, Faizal Zaki.

Jenazah al-Marhum disolatkan di Masjid Lama Kampung Gelok pada sekitar jam 11.15 pagi.

Sehubungan dengan itu, bagi mengenangkan jasa al-Marhum, PAS Kawasan Lenggong melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan menghulurkan sumbangan sebagai tanda peringatan kepada anak sulung al-Marhum yang bernama Abdul Aziz Haji Lop.

{jathumbnail off}