Oleh : Abu Fadhil
JASIN : Pemuda PAS Kawasan Jasin bersama Jabatan Amal Jasin telah mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk setempat terutamanya kepada jentera barisan hadapan menentang Covid-19 di sini petang tadi.
Program yang dipimpin oleh Ketua Jabatan Amal Jasin, Muhammad Fauzee Mohamed itu bermula pada jam 3.00 petang dengan berkumpul dan mengambil bubur di Umbai, Jasin.
Fauzee bersama kepimpinan Pemuda PAS Kawasan Jasin kemudiannya mula mengagihkan bubur lambuk kepada pihak Hospital Jasin, Balai Polis Jasin dan Bomba Jasin.
Menurut Fauzee sebanyak 800 pek bubur lambuk yang dimasak sendiri oleh tenaga Pemuda PAS Kawasan secara bergotong-royong itu telah diagih-agihkan di dalam program ini.
“Kami dari pemuda PAS Kawasan Jasin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan mereka yang menjayakan untuk program ini. Kami juga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka dengan bubur lambuk yang kami masak ini.” ujar beliau ceria ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semasa program tersebut.
Turut hadir bersama mengedarkan bubur lambuk ini adalah Naib Ketua Pemuda PAS Jasin, Mustaqim Zam Zam, Setiusaha Pemuda PAS Kawasan Jasin, Ustaz Abd Muiz Abd Rahman dan beberapa orang lagi sukarelawan.