Home Berita PAS Kelantan

Pemuda pacak bendera PAS di Wisma PAN

790
SHARE

BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) enggan keluar daripada bangunan yang kini dimiliki PAS di Mukim Pendek, Salor namun bendera PAS berjaya dipacak di di hadapan bangunan itu malam tadi.

Ramai anak muda hadir menyaksikan detik bersejarah bangunan yang dimiliki PAS sebelum ini kembali kepada parti itu.Pemuda PAS berhimpun di masjid berdekatan bagi menunaikan solat Isyak sebelum berarak ke bangunan yang menjadi pejabat PAN Dun Salor.

Penduduk tempatan juga menyaksikan detik tersebut. Orang ramai memenuhi kiri kanan jalan ketika pemuda PAS memacak bendera di hadapan bangunan tersebut.

Turut kelihatan anggota pasukan keselamatan yang berpakaian biasa.

Bagaimanapun suasana aman bertukar menjadi tegang apabila Pemuda PAN tampil di celah-celah orang ramai meminta untuk berucap menggunakan pembesar suara.

Namun ia tidak dihiraukan Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Mohammad Kamal Mohammed yang bertindak sebagai pengerusi. Berikutan itu Pemuda PAN mula bertindak kasar.

Hadir sama pada program itu Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan timbalannya Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Sebelum ini pemilik tanah yang menempatkan pejabat PAN tersebut, Haripah Dollah menjual tanah terbabit kepada PAS negeri.

Urusan pindah milik selesai 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluarkan pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosong dalam tempoh sebulan. – HARAKAHDAILY 23/10/2017