Home Berita PAS Perlis

Pemuda Muafakat Nasional Arau Bakal Anjur Pertandingan Sepak Penalti

949
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

ARAU : Pemuda Muafakat Nasional Kawasan Arau akan menganjurkan pertandingan Sepak Penalti Pemuda Muafakat Nasional (Tertutup Arau) pada 8 April nanti.

Program yang julung-julung kali diadakan ini dijadualkan berlangsung di Padang MPK Simpang Empat, dekat sini.

Hadiah berupa wang tunai ditawarkan kepada para pemenang dengan johan pertandingan akan membawa pulang wang berjumlah RM500.

Syarat-syarat penyertaan adalah para peserta mestilah berumur dalam lingkungan usia 21 hingga 40 tahun dan bermastautin di dalam Parlimen Arau sahaja.

Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM30 ringgit dan mereka yang berminat menyertai pertandingan ini boleh menghubungi pihak penganjur di talian 011-16588052 (Amirul) atau 012- 4914613 (Pak Ku) .

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 April 2021.