Home Berita PAS Sabah

PAS Papar ziarah jemaah surau

312
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah binti Hussin
29 Mac 2021

Papar: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Papar dengan rasa prihatin turun menyantuni jemaah Surau At-Taqwa Kg Lepasan Kinarut kelmarin.

Ziarah yang diwakili oleh Ustaz Azman Jupri selaku Ketua Urusan Ulamak PAS Papar berlangsung di kediaman jemaah surau tersebut bersama beberapa wakil jemaah surau yang lain.

Hj. Yunus Hj Paki, 48 tahun dan Hj. Zainal 60 tahun kedua-duanya menghidap penyakit saraf yang menghampiri strok telah menerima sedikit sumbangan daripada PAS Kawasan Papar.

PAS Papar sentiasa prihatin akan kebajikan masyarakat dari semasa ke semasa. Program ziarah ini antara program kebajikan berterusan yang dilaksanakan.

“Menziarahi orang sakit merupakan sunah Nabi kita, semoga jemaah surau yang sakit ini diberi kesembuhan dan diringankan rasa bebanan yang ditanggung oleh mereka” kata Ustaz Azman.