Home Artikel PAS Melaka

Pemuda dan Lajnah Pendidikan PAS Tangga Batu anjur LAMEGA

434
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 11 Julai : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Tangga Batu telah mengadakan Program Lambaian Menara Gading (LAMEGA) di Balai Islam Bukit Rambai di sini pagi tadi.

Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat serta meraikan anak-anak ahli PAS Kawasan Tangga Batu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA mahupun IPTS dalam negara agar mereka sentiasa bersemangat dan fokus dalam pelajaran.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman semasa di alam kampus dan sesi soal jawab supaya anak-anak ini sedikit sebanyak mendapat pengetahuan akan kehidupan di alam kampus.

Program berakhir dengan sesi penyampai sumbangan berupa wang tunai kepada semua peserta.

Turut hadir meraikan anak-anak ini adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad, Ketua Lajnah Pendidikan, Roslan Abdul Ghani, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Mohd Redha Mahadi dan beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)