Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media PAS Selangor – YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor

1436
SHARE

YB Dato Seri Mohamed Azmin Ali Perlu Bijaksana Dalam Bertindak

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah lebih 100 hari mentadbir negara dan Pengerusi MTPNg sudah pun di lantik. Baru-baru ini telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar bahawa perlantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di jangka selesai pada bulan Ogos 2020 di negeri bukan kerajaan PN.

Cadangan nama-nama itu harus diperakukan oleh Pengerusi MTPNg sebelum di luluskan oleh Menteri. Sehingga hari ini masih belum ada pertemuan Pimpinan parti komponen PN diperingkat negeri untuk membincangkan berkaitan perkara ini. Apa yang berlaku proses tawar menawar heboh diperkatakan dan situasi ini tidak sihat.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila secara tiba-tiba mesyuarat MTPNg diadakan tanpa permakluman kepada komponen parti PN di Negeri Selangor. Ini akan mengeruhkan hubungan dalam PN. Kenapa Selangor perlu berbeza dengan negeri-negeri bukan kerajaan PN yang lain seperti Pulau Pinang, Sabah dan Negeri Sembilan.

Jangan rosakkan hubungan PN yang telah dibina, ini kerajaan yang rakyat nantikan dan rakyat melihat !. Perjumpaan antara Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Dato Seri Noh Omar dan saya sebelum ini sangat harmoni.

#Kita menghormati, orang hormat kita.

20 Zulkaedah 1441H | 11 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional