Home Berita PAS Melaka

Pemuda Dan Jabatan Amal PAS Kawasan HTJ Bantu Penduduk Taman Cempaka

667
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA : Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya dan Jabatan Amal Kawasan Hang Tuah Jaya telah menghulurkan bantuan kepada penduduk Taman Cempaka yang terkesan sempena COVID-19 di sini semalam.

Sumbangan dan bantuan ini disampaikan oleh Komandan Jabatan Amal Kawasan Hang Tuah Jaya Mohd Luqman Abu Bakar.

Menurut beliau, sumbangan dan bantuan ini diberikan bagi meringankan beban yang terjejas sepanjang COVID-19 ini.

Turut hadir bersama menyampaikan bantuan adalah Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Ustaz Rizal Idris.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)