Home Berita PAS Melaka

PAS JPrD Gadek Anjur Program Kasih Ramadan

386
SHARE

Oleh : Mohd Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH : Jabatan Pilihanraya PAS Dun (JPrD) Gadek telah menyampaikan kit makanan asasi sekitar Dun Gadek bagi meringankan beban rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini sempena Program Kasih Ramadan Gadek di sini semalam.

Penyerahan kit makanan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam selaku wakil JPrD PAS Gadek.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah telah dimaklumkan tentang misi bantuan sumbangan ini dan telah memberikan kebenaran kepada pihak JPrD PAS Dun Gadek untuk penyerahan kit makanan ini kepada pihak JKM.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)