Home Berita PAS Johor

Pemimpin DAP biadap dan keterlaluan

282
SHARE

KERAJAAN ALLAH : PEMIMPIN DAP BIADAP DAN KETERLALUAN

Betul ke DAP menyokong dan memperjuangkan kehormonian kaum dan keamanan negara?

Kalau betul kenapa ada buku tulisan mereka yang cenderung kepada idealogi komunis, kenapa ada pemimpin mereka yang terlibat kumpulan pengganas LTTE,

Kenapa ramai pemimpin DAP yang gemar dan kerap bermain dengan isu yang menyentuh sentimen kaum dan agama, berbagai lagi perbuatan mereka yang boleh menggugat keharmonian kaum dan keamanan negara.

Banyak sudah aduan dan lapuran polis terhadap mereka, berbagai tindakan dan hukuman dikenakan namun tidak membuat mereka serik dan insaf.

Yang terbaru tulisan Lim Kit Siang di blognya menuduh Presiden PAS mengatakan Kerajaan Malaysia sebagai ‘Kerajaan Allah’ sedangkan tiada pun kenyataan yang bermaksud begitu. Ini tidak lain hanya untuk menimbulkan salah faham dan bermaksud untuk memburukan pemimpin Islam dalam negara ini.

Seorang lagi pemimpin DAP iaitu Ronnie Liu baru-baru ini, juga bersikap biadap menghalang tugas penjawat awam di dalam isu tanaman ‘Durian Musang King’ dan menceroboh tanah Kerajaan di Negeri Pahang.

Inilah perangai dan tingkahlaku pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat semakin hari semakin biadap dan melampau yang memberi contoh buruk dan negatif dalam negara ini.

Oleh itu, kami PAS Johor meminta kepada pihak berkuasa dan kerajaan agar mengambil tindakan tegas dan tidak bertolak ansur dengan mereka ini terutama yang telah melakukan kesalahan serupa berulang-ulang kali.

Kami juga menyeru orang ramai yang menyokong dan terpengaruh dengan DAP ini agar mengkaji semula sokongan mereka. Kita perlukan pemimpin negara yang memahami kehendak dan inspirasi rakyat agar negara ini terus aman dan terpeliahara.

‘Malaysian Malaysia’ igauan buruk buat negara.

 

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H