WAKAF BHARU, 6 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah turun padang gotong royong bersama penduduk melakukan kerja-kerja menampung jalan yang rosak menggunakan tar guni di beberapa kawasan dalam DUN Wakaf Bharu untuk kemudahan penduduk sementara menunggu jalan-jalan tersebut dibaik pulih sepenuhnya, baru-baru ini.
Menurut YB Mohd Rusli, penyelenggaran sepenuhnya jalan-jalan yang rosak ini telah ajukan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.