Home Berita PAS Johor

Pemimpin bertanggungjawab, mudah dihubungi jadi pilihan anak muda

210
SHARE

Oleh: NUR ‘IFFAH

SEKIJANG , 10 Mac 2022 – Pemimpin bertanggungjawab dan mudah dihubungi menjadi ciri wakil rakyat pilihan anak muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Daripada tinjauan yang dilakukan, rata-rata anak muda yang ditemui mengakui kriteria berkenaan merupakan faktor yang mampu menarik undi golongan muda di Johor.

Salah seorang pengundi yang ditemui, Nurul Nabila Misnan, 19, berkata anak muda hari ini tidak lagi melihat kepada ‘siapa’ tetapi ‘bagaimana’ kriteria calon yang ditawarkan oleh parti-parti yang bertanding.

“Tidak dinafikan ada perasaan gementar untuk mengundi kerana tidak tahu proses pengundian yang bakal dijalankan.

“Namun, tanggungjawab ini akan saya tunaikan kerana ia peluang untuk saya mencorak kepimpinan negeri,” katanya yang akan mengundi buat kali pertama kepada pemberita semalam.

Sementara itu, Hakim Zainal, 35, berkata, pemimpin yang mudah dihubungi dan ada ketika rakyat susah sudah pasti akan menjadi pilihannya.

“Saya nak pilih parti yang senang untuk saya berhubung dan calon tersebut perlulah mudah mesra dengan rakyat.

“Pilih pemimpin yang terbaik untuk rakyat, senang nak mintak bantuan,” katanya yang merupakan peniaga di Medan Selera Kak Rose, di sini.

Dalam pada itu, memasuki fasa akhir kempen, Parti Perikatan Nasional yang menampilkan calon tempatan iaitu cikgu Mala atau Normala Sudirman dilihat semakin mendapat sokongan daripada warga Kemelah bagi PRN Johor pada kali ini.