Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

PEMERKASA Tumpu Kebajikan Ekonomi Rakyat

250
SHARE
1. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengajak semua rakyat mengambil peluang membaiki diri dan keluarga dengan memanfaatkan sepenuhnya bantuan dari PEMERKASA 2021 yang bernilai 20 Billion ringgit. Melihat semua pakej yang ditawarkan sangat bermanfaat membantu rakyat untuk meningkatkan pendapatan dan meringankan kesusahan rakyat yang terkesan akibat gelombang penyakit Covid-19. PEMERKASA 2021 merupakan kesinambungan Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R ( Ketegasan, Ketahanan, Menjana Semula, Pemulihan, Memperkasa dan Menyusun Semula).
2. Penerima tertinggi dalam PEMERKASA merupakan Bantuan Prihatian Rakyat bakal diberikan bermula Jun 2021 sebanyak RM500 kepada mereka yang berpendapatan RM1000 ke bawah. Selain itu, kerajaan juga bakal memberikan RM500 kepada mereka yang hilang punca pendapatan akibat penularan wabak Covid -19. Bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat perlu dikuarantin di rumah, kerajaan akan menyediakan bantuan sebanyak RM50 sehari.
3. PEMERKASA 2021 juga menyediakan insentif kepada syarikat yang mendaftar di bawah inisiatif Safe@work yang diletakkan bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan memberikan potongan cukai sebanyak RM500,000 bagi majikan yang menambah premis dan asrama bagi melaksanakan protokol safe work bubble selain memberikan potongan cukai untuk menjalankan ujian saringan pekerja.
4. Bagi mengelakkan impak ekonomi dan sosial yang lebih besar, kerajaan telah menidakkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara sebaliknya perlaksanaan PKP menumpukan kepada kawalan setempat berdasarkan lokaliti ataupun melihat kepada kluster yang terbabit sahaja. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berlansung.
5. Selain daripada itu, terlalu banyak kemudahan dan bantuan diberikan kepada peniaga kecil antaranya pemberian Subsidi Upah 3.0 selama 3 bulan dan pemberian sekali Geran Khas Prihatin 3.0 sebanyak RM1000.
6. Dalam sektor pendidikan juga, PEMERKASA 2021 juga memberikan subsidi RM300 kepada mereka yang membeli telefon bimbit bagi digunakan oleh anak yang bersekolah.
7. Melihatkan kesungguhan kerajaan dalam memperbaiki hidup rakyat, Dewan Muslimat PAS meyakini ekonomi Malaysia dapat pulih dengan kerjasama semua pihak. Bersama kita berusaha menangani impak Covid-19 dengan berusaha bersungguh-sungguh membaiki hidup.
YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
22 Mac 2021 | 8 Syaaban 1442H