Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemergian Almarhum Dr. Yaacob Yusoff, Kehilangan Besar buat Ummah

720
SHARE

Pemergian Almarhum Dr. Yaacob Yusoff, Kehilangan Besar buat Ummah

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Dr. Yaacob Yusoff serta warga Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Ini merupakan satu kehilangan besar kepada PAS kerana Almarhum merupakan antara pengasas Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) di bawah Lajnah Tarbiah PAS Pusat dan panel pakar dalam Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Selain itu Almarhum juga merupakan ilmuwan dan tokoh yang berusaha keras dalam menyampaikan risalah ilmu tarbiah dan dakwah. Jasa Almarhum termasuk membina sebuah institusi ilmu, menjalankan program ijazah Pendidikan Islam dan membina modul dakwah bagi melahirkan generasi yang cintakan Islam.

Di peringkat negeri Kelantan pula, Almarhum menjadi arkitek penting dalam pemerkasaan dan pelaksanaan program di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, antaranya Dasar Pendidikan Rabbani Negeri Kelantan dan Dasar Kerja Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan.

Semoga roh Almarhum Dr. Yaacob ditempatkan dalam kalangan mereka yang dikasihi oleh Allah SWT.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Ogos 2020 | 22 Zulhijjah 1441