Home Berita PAS Melaka

Pembukaan semula PASTI patuh SOP

1190
SHARE

Oleh : Ummu Husna

JASIN, 8 Feb: Hari ini semua Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Melaka telah memulakan sesi pembelajaran setelah lama tidak beroperasi secara bersemuka kerana penularan pandemik Covid 19.

Menurut Ketua Guru PASTI Al Hasanah, Cikgu Norijah Ismail, kehadiran murid pagi ini disambut dengan mengambil suhu murid, pendaftaran kod QR, cuci tangan dan duduk di dalam kelas dalam suasana jarak satu meter.

Manakala guru-guru pula dinasihatkan memakai ‘face shield’ sebagai langkah perlindungan ketika berurusan dengan murid, kata beliau lagi.

Di samping itu kata Cikgu Norijah, ibu bapa diminta untuk mengisi borang Saringan Kesihatan Covid-19 (SKC-19) Keluarga Murid PASTI Malaysia 2.0 sehari sebelum menghantar anak ke PASTI sebagai cara memaklumkan kepada PASTI bahawa murid tersebut bebas daripada gejala Covid 19.

Menurut beliau lagi, pihak PASTI tidak memaksa penjaga menghantar anak-anak jika mereka keberatan kerana melihat kepada suasana sekarang yang masih berlaku trend peningkatan Covid-19.

“Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak menghantar anak mereka jika menunjukkan gejala batuk, demam, selsema dan lain-lain,” ujar beliau lagi.

Tinjaun Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ke PASTI hari ini mendapati, ibu bapa berpuas hati dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh pihak pengurusan PASTI dalam usaha membendung penularan Covid-19 di pusat asuhan seperti ini.

Menurut ibu kepada salah seorang pelajar PASTI, Fazilah Mohammad, langkah-langkah pencegahan yang diambil ini sama seperti yang disarankan oleh kerajaan ketika sekolah dibuka pada tahun lepas semasa Covid-19 .

Menurut Fazilah lagi, beliau menghantar anak beliau ke PASTI kerana beliau dan suaminya bekerja, jadi sesuailah ianya ditempatkan di bawah pengawasan guru-guru PASTI, ujar beliau mengakhiri perbualan dengan WARM pagi tadi.