Home Kenyataan Media Presiden PAS

PAS Sambut Baik Pembukaan Kedutaan Untuk Palestin

283 views
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

PAS SAMBUT BAIK PEMBUKAAN KEDUTAAN UNTUK PALESTIN

1. PAS menyambut baik pengesahan YAB Perdana Menteri bahawa Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan, bagi membolehkan bantuan dan sokongan berterusan disalurkan kepada rakyat Palestin.

2. PAS melihat tindakan diplomatik ini adalah suatu langkah ke hadapan dalam hubungan Malaysia-Palestin, demi mempertahankan hak dan keadilan rakyat Palestin yang berdepan dengan kezaliman regim Israel.

3. PAS pernah mencadangkan hal ini kepada pihak Kerajaan, antaranya melalui soalan lisan Ahli Parlimen Sik bertarikh 13 Mac 2019 di Parlimen supaya Kerajaan mengambil langkah untuk membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Palestin, dan disambut baik oleh Menteri Luar yang menyifatkannya sebagai suatu pendekatan yang munasabah.

4. Dalam hal ini, PAS sentiasa menyokong sebarang usaha bagi membebaskan bumi Palestin dan membela rakyatnya yang ditindas, serta menolak sebarang hubungan diplomatik dengan regim Israel.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 26 Safar 1441 / 26 Oktober 2019