Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Pembelian Tanah Kampung Baru : Kekal Identiti Melayu Islam

305 views
SHARE


KEKALKAN IDENTITI MELAYU ISLAM

Kenyataan Media Penerangan. 278/149
17 Sya’ban 1440 | 23 April 2019

PEMBELIAN TANAH KAMPUNG BARU : KEKAL IDENTITI MELAYU ISLAM

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan mengenai pembelian 250 ekar tanah Kampung Baru semalam, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan supaya hak pemilikan tanah berkenaan kekal di tangan orang Melayu Islam termasuk pemeliharaan identiti warisan sejarahnya yang unik.

2. Pembangunan Kampung Baru mesti melalui rundingan bersama dengan penduduk tempatan.

3. Kementerian Wilayah Persekutuan hendaklah mengemukakan hasil resolusi perbincangan bersama Perbadanan Pembangunan Kampung Baru terlebih dahulu sebelum menyatakan hasrat untuk membeli seluruh tanah tersebut.

4. Malah, keputusan kaji selidik Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru dan Kongres Pembangunan Kampung Baru pun masih belum wujud.

5. Pembelian seluruh tanah di Kampung Baru yang dianggarkan mencecah RM 10 bilion untuk tujuan pembangunan moden mestilah tidak meminggirkan nasib orang Melayu.

6. Kampung Baru adalah perkampungan bersejarah orang Melayu di Kuala Lumpur dan ia telah berusia lebih 110 tahun. PAS tidak mahu struktur ekologi baharu Kampung Baharu hanya menyebelahi pihak kapitalis sehingga mengabaikan nilai asas.

7. Sebelum ini sudah terdapat pelbagai cadangan pembangunan Kampung Baru tetapi masih belum menemui jawapan muktamad.

8. Selain Kampung Baru, terdapat dua lagi penempatan orang Melayu di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di di Kampung Datuk Keramat dan Kampung Pandan.

Islam Memimpin

Sekian.