Home Berita PAS Kedah

Pembekalan vaksin akan dipertingkatkan bagi memenuhi 80 % imuniti penduduk

141
SHARE

Oleh FAUZI AHMAD

PENDANG, 14 Jun : Memastikan kelancaran proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pendang adalah menjadi sebahagian tanggungjawab YB Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman ADUN Tokai yang juga merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau hadir ke PPV Pendang di Dewan Cenderawasih pagi tadi bagi menyampaikan sebuah printer dan 3 unit kerusi roda yang di terima oleh Pegawai Kesihatan Daerah Pendang Dr lutpi bin Aziddin.

Dr Lutpi juga memaklumkan seramai 600 penerima vaksin dipanggil untuk mendapatkan suntikan hari ini.

Kemampuan PPV setakat hari ini boleh menerima dan menyuntik seramai 1000 hingga ke 1300 penerima dan antara kekangan yang berlaku sekarang bagi mencapai suntikan maksimum kerana pembekalan vaksin tidak mencukupi.

Dr Hayati yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (Tokai) akan memanjangkan perkara yang dibangkitkan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang kepada pihak bertanggungjawab bagi memastikan daerah Pendang mencapai 80 peratus imuniti kelompok penduduk.