Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Tahniah Syarifuddin Azman, anda kebanggaan negara – BPPWP

85
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelumba negara, Syarifuddin Azman atas kejuaraannya dalam CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol.

Prestasi beliau amat membanggakan kita semua kerana berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriquez dengan catatan masa 29 minit 32.553.

Keperibadian beliau yang menyungkur sujud di saat kemenangan beliau dan mendahulukan rasa syukur kepada Allah ketika ditanya tentang kemenangan tersebut wajar dicontohi terutama oleh atlet-atlet Muslim yang lain.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk beliau agar lebih cemerlang di masa akan datang.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
14 Jun 2021 l 3 Zulkaedah 1442H