Home Berita PAS Kelantan

Pembangunan di Tumpat jadi tumpuan

41
SHARE

TUMPAT, 17 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan berkata, dengan memfokuskan pembangunan pulau di Kawasan Tumpat, diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada penduduk tempatan khususnya dalam pembangunan sosioekonomi serta perlancongan.

Menurutnya, bagi memastikan kawasan pulau dapat digerakkan dengan baik pembinaan jeti baharu akan di buat di Kawasan Kampung Kok Majid, yang seterusnya akan dijadikan sebagai pusat perniagaan pada masa akan datang.

β€œApabila siap jalan ke pulau nanti, secara tidak langsung dapat memudahkan perjalanan murid-murid untuk ke sekolah khususnya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pinang. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sekolah rendah dan menengah di Pulau Beluru yang mana murid dari sekolah ini tidak lagi perlu hadir ke SK Sungai Pinang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika memberi ucapan pada jemputan program Dialog Ummah Negeri Kelantan Peringkat DUN 2022 anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) di Dewan Sri Rejuna, Tumpat di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Projek Taman Bandar Tumpat yang berkeluasan 59.30 ekar merupakan tanah yang ditebus guna hasil daripada projek mendalamkan muara sungai Tumpat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memperuntukkan belanja RM24 juta. Antara komponen taman-taman kecil yang dicadangkan untuk dibangunkan ialah Dataran Tok Selehong, Taman Kesenian Islam, Taman Budaya, Taman Bunga, Taman Hutan Laut dan beberapa kemudahan sokongan.

Selain itu, katanya pihak kerajaan juga merancang untuk membina kompleks jabatan kerajaan di kampung Pengkalan Nangka termasuklah balai polis daerah serta cadangan untuk pembinaan loji air baharu.