TUMPAT, 16 Jul: Kerja-kerja pemasangan Portable Base Station is Located (BTS) di Kampung Alor Tal sedang dilakukan pihak DIGI.
ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan yang turut hadir meninjau kerja-kerja pemasangan tersebut menzahirkan rasa syukur atas pemasangan Portable tersebut. “Alhamdulillah berkat doa semua dan atas kerjasama DIGI dan Masjid Nur Hikmah, in Shaa ALLAH masyarakat setempat akan dapat menikmati talian internet yang lebih tinggi dan stabil. Semoga semua isu yang dibangkitkan sebelum ini dapat diselesaikan”, ujarnya lagi.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada DIGI serta Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato Haji Che Abdullah, YB Haji Mohd Rusli Abdullah (ADUN Wakaf Bharu) dan Ustaz Hushaimi atas usaha dan kerjasama yang diberikan.