Home Berita PAS Kedah

Pemandu teksi di jeti Kuala Kedah disantuni Pesuruhjaya PAS Kedah

19
SHARE

KUALA KEDAH, 2 Ogos 2021: Sekali lagi pagi ini Khidmat Malaysia diketuai YB Senator Ust Ahmad Yahaya bersama Ust Musoddak Hj Ahmad Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Dr Ust Ahmad Fakruddin Syeikh Fakhrurazi Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah dan kepimpinan PAS Kawasan turun menyantuni dan menyerahkan bantuan sumbangan Kotak Makanan PAS Negeri Kedah kepada Persatuan Teksi Kuala Kedah di Jeti Kuala Kedah.

Sepanjang PKP yang berkuat kuasa kesannya turut dirasai oleh semua termasuk para pemandu-pemandu teksi dan kereta sewa. Sebagaimana kita semua tahu pada saat ini, sektor pelancongan serta pengangkutan mengalami sedikit masalah terutamanya dalam hal sumber mata pencarian kewangan. Sudah menjadi tanggungjawab semua bagi menolong masyarakat yang terkesan di seluruh negeri Kedah khusus.

Namun bagi mengekang wabak covid 19 kita perlu akur arahan kerajaan¬† sebagaimana mana yang dimaklum oleh YB Exco Kesihatan Dato Mohd Hayati “sebanyak 8,370 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan 4,170 kes adalah membabitkan saringan kontak rapat dan 1,795 kes adalah kes dalam kluster yang aktif.

Menurutnya, baki kes pula dikesan melalui saringan seperti saringan bergejala, bersasar, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), orang kena tahan (OKT), penjara dan pra-operasi.”

#kitajagakita