Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah pandang serius mengekang budaya fitnah siber

20
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
2 Ogos 2021 | Isnin

Isu hina MB: Pemuda PAS Kedah Pandang Serius Mengekang Budaya Fitnah Siber

Fitnah yang dihemburkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Kedah merupakan satu aktiviti politik yang dicetuskan oleh pembenci dan akan disebarkan oleh insan yang bertindak mengikut emosi.

Kita tidak menafikan wujudnya manusia yang membenci politik lawan dan sentiasa ‘bermakmal’ untuk menghasilkan khabar fitnah dan isu sensasi palsu, namun jika pihak sekunder yang menerima berita bersifat melulu dan tiada pertimbangan waras maka aktiviti serangan secara fitnah akan menjadi barah dalam masyarakat.

Rentetan posting dan imej grafik penghinaan demi penghinaan oleh beberapa pemilik akaun media sosial di yang aktif berkongsi dan membuat status menghina YAB Menteri Besar.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah tampil mengambil inisiatif untuk memberi pengajaran kepada mereka ini dengan membuat 6 laporan polis melalui Dewan Pemuda Kawasan Jerlun, Sungai Petani, Pokok Sena, Padang Serai, Kubang Pasu dan Padang Terap telah mengatur langkah pada 31 Julai 2021 membuat laporan polis bagi menangani kebiadaban ini.

Pihak kami juga menyeru agar lebih ramai pihak tampil membuat laporan polis agar individu-individu ini diambil tindakan yang tegas dan setimpal dengan kesalahan dengan menghina, menjatuhkan reputasi dan mencemarkan maruah Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Bin Md Nor.

Modus operandi permainan politik murah pihak tertentu ini cuba membina spekulasi dan sentimen benci tanpa had disaat kerajaan negeri sibuk dan tenat menghadapi krisis Pandemik dan PKPD di kawasan tertentu.

Misalnya dipertikai bantuan bakul makanan secara tidak berfakta yang hanya mencetus kebencian kepada pihak kerajaan, Frontliners dan sebagainya.

Gejala bernilai ‘anarki’ ini adalah satu suntikan yang disemarakkan bagi usaha pihak tertentu menangguk keuntungan sokongan politik tanpa mengira adab, undang-undang dan sebagainya.

Kami berharap dan percaya pihak polis dapat melaksanakan siasatan dan tindakan terhadap individu-individu tersebut di bawah Seksyen 233 (1)(a)(b) Akta SKMM, dan/atau Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu juga pihak kami akan terus mengumpul bukti bagi mana-mana pihak yang sengaja membuat sebaran penghinaan tanpa fakta dan data agar diambil tindakan undang-undang sewajarnya.

Kami juga menyeru pemuda PAS di kawasan-kawasan dan akar umbi untuk memantau akaun FB yang membina persepsi jahat terhadap kerajaan negeri melalui aktiviti tidak bermoral sebegini.

Nasihat kami, politik dan kedudukan yang dibina melalui fitnah dan persepsi jahat pasti tidak akan berjaya dan selesa, kerana semua perilaku kita ada yang Maha Berkuasa sedang menyaksikannya.

Yang Benar,

Abdul Hadi Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah