Home Artikel PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

1059
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat-syarikat mengenai SOP kesihatan untuk tujuan membenarkan sesetengah industri meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. KKM menafikan dakwaan bahawa para doktor dari Hospital Shah Alam (HSA) melarang orang ramai mengunjungi Pasar Seksyen 6, Shah Alam berikutan lebih daripada tiga (3) kes positif COVID-19 dilaporkan di kawasan pasar berkenaan.

Pasukan Respon Pantas
KKMM
13 April 2020│9.00 Pagi

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Wartawan Rakyat Melaka