Home Artikel PAS Perlis

PASTI Darul Hikmah Rayu Sumbangan Kewangan

505
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU:  Jawatankuasa Pembinaan PASTI Darul Hikmah melancarkan kempen dana dan waqaf bagi membiayai projek pembinaan bangunan tambahan PASTI berkenaan yang terletak di Kompleks Pendidikan Madi, Jejawi Dalam dekat sini.

Menurut pengurusnya Burhanuddin Lebai Abdullah, pihaknya masih memerlukan sejumlah RM57,000 bagi menyiapkan projek berkenaan yang telah dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Apabila siap kelak, bangunan tambahan tersebut akan memberi ruang pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar PASTI berkenaan yang ketika ini terpaksa bersesak-sesak dalam beberapa buah bilik darjah akibat bilangan mereka yang terlalu ramai.

“Justeru, PASTI Darul Hikmah amat memerlukan sumbangan kewangan daripada orang ramai bagi menjayakan projek kebajikan yang dapat memberikan sinar harapan kepada generasi Islam pada masa akan datang.

“Saya menyeru agar semua pihak dapat memberi sumbangan walaupun hanya sekadar RM1 kerana ia amat bermakna buat anak-anak PASTI ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Katanya lagi , sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam bernombor 09010010081242 atas nama Tetuan Darul Hikmah Ventures.

Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan sumbangan jelasnya, bolehlah dirujuk kepada beliau sendiri di talian 0125141584 atau dengan menghubungi Cikgu Mariana Othman (0134215277) dan Pengerusi JIBG, Cikgu Hasanuddin (0134890598).