Home Artikel PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

627
SHARE

Petang tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. RTM menafikan TV1 RTM menghebahkan berita memaklumkan Bazar Ramadhan Tahun 2020 di seluruh negara dibatalkan.

2. Pos Malaysia menafikan dakwaan bahawa Program Kesetiaannya menawarkan secara percuma 1,000 unit telefon pintar jenama Apple iPhone 11 Pro.

3. MKN menafikan dakwaan satu kenyataan bahawa negara menghadapi risiko dirompak dan disamun oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing di samping dijangkiti warga asing yang positif COVID-19 kerana mereka tidak akan mendapat rawatan tanpa bantuan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN.

Pasukan Respon Pantas
KKMM
31 Mac 2020│3.00 Petang

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Wartawan Rakyat Melaka