Home Artikel PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

1043
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. MKN menafikan kesahihan rakaman nota suara yang menyatakan akan berlaku Total Lockdown oleh Kerajaan pada 1 April 2020.

2. MKN menafikan dakwaan 69 orang Rohingya di Selayang positif COVID-19.

3. KKM menasihatkan agar tidak membeli produk hand sanitizer yang tidak terdapat dalam senarai produk yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my .

Pasukan Respon Pantas
KKMM
27 Mac 2020│7.00 malam

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik. 

Editor Wartawan Rakyat Melaka