Home Berita PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

1023
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Sabah menafikan dakwaan bahawa ‘lockdown’ telah diisytiharkan di kawasan Felda Sahabat Lahad Datu dan menjelaskan PKP diperketatkan di kawasan tersebut berikutan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di Daerah Lahad Datu.

2. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan kebenaran mesej tular yang menyenaraikan lapan tempat di Keningau iaitu Kg. Tigot, Kg. Lambanga, Apin-Apin, Kg. Ria, Kg. Tudan Baru, Bingkor, Kg. Tuntumulud, Bingkor, Kg. Batu 27, Jln Tenom, Perumahan Rumah Murah, JKR dan Taman Palma sebagai kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk positif COVID-19 dan Person Under Investigation (PUI).

Pasukan Respons Pantas
KKMM
21 April 2020│11.00 Pagi

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Berita PAS Melaka