Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Baca, Kongsi dan Sebarkan Ilmu

1086
SHARE

Baca, Kongsi dan Sebarkan Ilmu

“Selamat Hari Buku Sedunia”
pada 23 April 2020

Ayat Firman Allah SWT yang bermaksud: “Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.” (Surah al-Qalam, ayat 1). Allah SWT bersumpah dengan nun, kalam dan tulisan untuk menarik perhatian manusia kepada besarnya peranan tulisan dan alat untuk menulis.

Amalan membaca buku seharusnya harus dipupuk sejak kecil lagi. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar cintakan ilmu supaya mereka didedahkan dengan pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan daya fikiran anak-anak.

Dengan membaca, ia dapat membentuk keperibadian seseorang sekiranya kita membaca buku-buku yang baik seperti kitab-kitab sirah dan sebagainya.

Sempena dengan Hari Buku Sedunia ini, pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru kepada semua tidak kira bangsa dan segenap lapisan masyarakat untuk terus membudayakan amalan membaca setiap hari, setiap masa walau di mana sahaja.

Asah bakat dan kebolehan menulis untuk menyampaikan maklumat. Itu adalah anugerah Allah SWT yang tinggi nilainya selagi seseorang menulis dan menyampaikan maklumat dengan baik, tidak melampaui batas serta penuh keikhlasan.

Teruskan membaca tanpa kenal erti jemu dan kongsikan ilmu sebaiknya. Semoga dengan membaca dapat membina jati diri yang berakhlak, berwawasan serta menjadi insan hebat! Tulis dan sebarkan ilmu untuk kebaikan, panduan dan amal jariah yang berpanjangan.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Syaaban 1441
21 April 2020