Home Artikel PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Oleh MKN

578
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. PDRM menafikan dakwaan:
i. Saman RM300 jika menaiki kereta lebih daripada seorang; dan
ii. Saman RM200 jika tidak memakai penutup mulut dan hidung (mask).

2. PDRM menafikan dakwaan 4 orang lelaki India positif COVID-19 lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

3. Pihak Hospital Dungun menafikan kesemua staf hospital tersebut telah dikuarantin. Walaupun terdapat kes positif COVID-19 di hospital tersebut, arahan kuarantin tidak melibatkan kesemua staf seperti yang didakwa.

4. KKM menafikan bahawa hilang selera makan dan hilang deria bau antara simptom baharu COVID-19 yang dikesan.

5. Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan beberapa lokasi panas wabak COVID-19 meliputi kawasan Sg. Lui, Sg. Ramal Dalam, Sg. Merab dan Jalan Kebun yang kononnya dikeluarkan oleh MKN Selangor.

Kredit sumber : Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)