Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Terima Kasih PDRM! Terus Berkhidmat

328
SHARE

 


Terima Kasih PDRM! Terus Berkhidmat 

Selamat Hari Polis ke 213 

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Polis ke-213 kepada semua anggota polis di Malaysia.

Tidak dapat kita menafikan segala pengorbanan serta penat jerih mereka dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Lebih-lebih lagi pada saat getir pandemik Covid-19 ini.

‘THE UNSUNG HEROES’ ini tidak pernah goyah dan menyerah kalah walau lelah. Mereka terus setia memberi khidmat yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan oleh pihak polis dalam menjalankan tugas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan keselamatan negara ini dan semoga terus cemerlang dalam menabur bakti buat kami rakyat Malaysia.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

“Malaysia Sejahtera”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

#SelamatHariPolis
#TERIMAKASIH
#DMPM2020
#STAYATHOME
#STAYSAFE

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Rejab 1441
25 Mac 2020