Oleh Nazirul Munir
Kluang , 7 Mac : Penceramah yang menyampaikan ceramah atau syarahan semasa berkempen dibenarkan membuka pelitup muka.
“Selepas menyampaikan ceramah atau syarahan hendaklah terus memakai semjla pelitup muka tanpa kelengahan.
“Semua yang hadir hendaklah sentiasa memakai pelitup muka. Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu dikekalkan.”
Demikian dinyatakan oleh Unit Komunikasi Koeporat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam laman facebooknya hari ini.
Sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditegur oleh seorang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sewaktu berceramah di Johor Bahru kerana membuka pelitup muka semasa berucap.
“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan Covid-19 bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya,” tambahnya.