Home Berita PAS Kelantan

Pelbagai agihan untuk rakyat sepanjang PKP – YB Dato’ Ramli

128
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

BUNUT PAYONG, 2 Ogos: Dalam usaha meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat COVID-19 pelbagai bentuk bantuan telah diagihkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

ADUN Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat menjelaskan, dalam kawasan DUN Bunut Payong agihan telah dibuat dalam pelbagai bentuk dengan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Antaranya ialah bantuan untuk peniaga kecil 252 penerima, bakul makanan 1,400 penerima, agihan lauk dan makanan basah 480 penerima dan kupon bantuan makanan 200 penerima.

Selain itu, bantuan daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Parlimen Kota Bharu juga telah diagihkan untuk peniaga kecil membabitkan 50 penerima dan bakul makanan 700 penerima,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, bantuan bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut diagihkan membabitkan seramai 800 penerima dan bakul makanan daripada NGO 1,300 penerima.

Berhubung perkara yang sama, jelasnya, untuk lebih meringankan bebanan penerima, contohnya melalui Skim Al It’am kita menambahkan makanan asas yang lain seperti sardin, susu dan pelbagai lagi di samping beras 10kg, minyak dan gula.

Beliau berharap rakyat bersyukur dengan bantuan yang diterima supaya Allah SWT menggandakan lagi rezeki melalui pelbagai cara yang tidak disangka-sangka.