Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Pelantikan Bagi Menjalankan Tugas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

1827
SHARE

KENYATAAN MEDIA
PELANTIKAN BAGI MENJALANKAN TUGAS PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan Fasal 40(4), Perlembagaan PAS, YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 16 Januari 2019 melantik Tuan Haji Rafiei Mustapha untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagaimana Fasal 41(1), Perlembagaan PAS.

2. Perlantikan ini telah berkuat kuasa mulai 18 Januari 2019 sehingga kepada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2019. Surat pelantikan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan.

3. Bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Rafiei Mustapha di atas pelantikan ini dan semoga PAS Negeri Sembilan terus diperkukuh segala gerak kerja dalam memberikan kefahaman perjuangan Islam kepada masyarakat dan negeri ini.

“Islam Memimpin”

ABDUL RAHIM UJANG,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.
Tarikh: 23 Januari 2019