Home Artikel PAS Pulau Pinang

Senam Sihat bersama Ameerah

147 views
SHARE

15 Jamadilawal 1440 H|21 Januari 2019 | Isnin | 9 malam

Oleh: Nabihah Fauzi

Aerodance, Senam Sihat bersama Ameerah berjaya dianjurkan oleh Ameerah Tasek Gelugor julung kalinya semalam. Program Aerodance ini mensasarkan golongan wanita muda membawa tema “Jom amalkan gaya hidup sihat” bertempat di tingkat 2 Pusat Perniagaan Merbau Jaya, Sungai Dua.

Aerodance ini dikendalikan oleh Coach Suraida Bt Abdulghani daripada NS Studio Sungai Karangan selama sejam bermula selepas Isyak. Program ini, yang dihadiri seramai 20 orang, dimulakan dengan solat Isyak berjemaah sebelum diteruskan dengan senaman bermuzik ini.

Ameerah Tasek Gelugor mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Aerodance ini memandangkan ianya adalah trend senaman bermuzik terkini golongan wanita yang ingin memastikan tubuh badan mereka sihat dan ‘fit’.

Turut disediakan sempena program Aerodance semalam ialah sebiji epal hijau kepada setiap peserta yang hadir. Ameerah Tasek Gelugor komited dengan gaya hidup sihat dan bernekad untuk menjalankan program tersebut secara berkala iaitu sebulan sekali.

#WanitaMudaBersamaPAS
#IslamMemimpin