Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Liqa Fikri PAS N9 : Peringatan Dr Fathi Yakan apabila Islam memasuki wilayah kuasa

577
SHARE

LIQA FIKRI PAS NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, telah berlangsung hari ini (21 Januari 2019), program Liqa Fikri dengan tajuk “Budaya Politik Matlamat Menghalalkan Cara” anjuran Lajnah Tarbiah & Perkaderan PAS Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan D’Purnama, Taman Sri Telawi. Pengisian Liqa disampaikan oleh Tuan Haji Kamaruzzaman Mohamad, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Timbalan Pengarah Institut Strategi PAS.

Dalam pengisian beliau, Tuan Haji Kamaruzzaman berkongsi peringatan-peringatan daripada Almarhum Ustaz Dr. Fathi Yakan apabila Islam memasuki wilayah kuasa, yang dipetik dari buku beliau, Waspada Aids Haraki.

7 peringatan tersebut adalah seperti berikut :

1. Hilangnya Imuniti Keyakinan terhadap Gerakan Islam sehingga ambil hak lain daripada Islam. Kesannya adalah ahli gerakan Islam akan meninggalkan tanzim haraki – dakwah, tarbiah, siasah.

2. Perkaderan atau pembinaan generasi pelapis hanya berdasarkan kuantiti, bukan kualiti. Ini sekaligus menghasilkan pemimpin pelapis yang lemah jati diri.

3. Tergesa-gesa atau Isti’jal untuk meraih kemenangan. Tidak sabar dengan perancangan yang telah dirancang.

4. Pembinaan tanzim dipengaruhi unsur luar. Tiada jati diri dalam perjuangan.

5. Muncul pelbagai aliran dan kelompok dalam harakah Islam. Aliran salafi dan khalaf dalam gerakan sebagai contoh, mesti diurus dengan baik.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan dalam politik, ekonomi dan lain-lain. Kena hati-hati dengan musuh luar. Jangan sampai termakan budi dengan mereka yang berkepentingan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik dalam gerakan Islam. Kesedaran politik perlu beriringan dengan kuasa yang dipegang.

Alhamdulillah, liqa fikri turut dihadiri oleh pimpinan PAS Negeri Sembilan, antaranya Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei Mustapha; Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Hassan Mohamad; Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Mohamad Hassan Thamby; kepimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan, kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan di peringkat negeri dan kawasan.

Semoga PAS Negeri Sembilan terus diperkukuh dengan program tarbiah ahli yang tersusun dan konsisten.

#LiqaFikri
#NegeriSembilanSejahtera.