Home Berita PAS Johor

Pelancaran tajaan e-paper oleh YB Najib Lep

51
SHARE

 

PAGOH, 11 Jul : ADUN Bukit Pasir, YB Haji Najib Lep telah hadir menyempurnakan pelancaran Penyampaian Tajaan e-Paper di perkarangan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) kampus cawangan Pagoh pada petang tadi di sini.

“Alhamdulillah, acara Penyampaian Tajaan e-Paper Berita Harian dan New Straits Times kepada para mahasiswa daripada UTHM Pagoh, Politeknik Tun Syed Nasir Pagoh serta UIIM Pagoh selamat dilancarkan pada petang tadi di ruang perkarangan UTHM Pagoh” ujar beliau dalam kenyataannya di laman rasmi Facebooknya.

Menurut beliau, majlis berikut turut dihadiri Provost UTHM-Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa, yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyempurnakan majlis penyampaian tersebut.

Tambah beliau lagi dalam majlis tersebut juga telah disampaikan sijil penyerahan tajaan kepada wakil- wakil pelajar daripada institusi masing-masing.

Najib juga berharap melalui kemudahan tajaan e-Paper selama tempoh satu tahun yang diberi ini dapat membantu mahasiswa yang terkandas untuk mendapatkan berita terkini serta maklumat-maklumat penting melalui langganan e-Paper daripada kedua-dua akhbar Berita Harian dan New Straits Times tersebut.

“Semoga (tajaan e-paper) menjadi manfaat yang terbaik buat semua mahasiswa jua, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyempurnakan acara penyerahan Tajaan e-Paper ini.” kata beliau.