Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Bersama ringankan beban rakyat

19
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan media Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya kepada semua Ahli Parlimen dan Senator supaya menyegerakan program Bantuan Bakul Makanan kepada golongan yang terjejas akibat pendemik covid-19.

Menyedari hakikat kesusahan dan tekanan hidup rakyat masa ini, kami menjadikan aktiviti kebajikan sebagai satu rutin dalam memastikan mereka yang susah diberi perhatian sekaligus memberi kelegaan dan keselesaan.

Selain itu, aktiviti kebajikan ini turut melibatkan seluruh muslimat di peringkat kawasan, cawangan serta berganding bahu bersama badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh individu (NGIs) dalam meningkatkan usaha dan tindakan menjejaki golongan yang terkesan masa ini.

Kami mengajak semua rakyat Pulau Pinang yang prihatin khususnya wanita supaya bersama-sama membantu dan memberi sokongan material, moral dan kerohanian kepada mereka yang memerlukan terutama saudara terdekat.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang berharap bahawa peruntukan khas Bantuan Bakul Makanan ini dapat diagihkan secara adil dan telus secara menyeluruh kepada semua golongan yang memerlukan tanpa memilih kroni.

“Islam Memimpin Wanita Sejatera”

Ustazah Hasanah Idrus
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang