Home Berita PAS Johor

Dua veteran PAS Ledang terima sumbangan

145
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

KLUANG, 29 Jul : Dua orang ahli veteran PAS Ledang menerima sumbangan bakul makanan dari PAS Kawasan Ledang dalam siri ziarah ahli di Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, 27 Julai yang lalu.

Ziarah ahli yang dijalankan secara mingguan ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan ahli dan menyampaikan sumbangan bakul makanan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Ledang, Rusman Kemin, sebagai pimpinan PAS, kami bersedia menjadi tempat untuk ahli-ahli mengadu dan akan berusaha menghulurkan bantuan.

“Saya menyeru kepada ahli-ahli PAS yang veteran sekalipun mereka tidak lagi aktif seperti dahulu, namun mereka perlu mengikuti perkembangan politik semasa.

“Dapatkan sumber berita parti yang sahih seperti harakah dan lain-lain agar tidak terkeliru dengan perubahan politik.

“Boleh hubungi saya bila-bila masa jika mereka memerlukan sebarang bantuan dan sebagai ketua penerangan mereka boleh merujuk kepada saya jika ada sebarang kekeliruan yang memerlukan penjelasan”, katanya.

Hashim Marto (92) dan Manaf Yunos (85) yang telah menghidap penyakit kencing manis sudah lebih 10 tahun menerima sumbangan bakul makanan dari PAS Ledang.

Turut hadir Bendahari PAS Cawangan Bukit Gambir, Ramli Taib serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan, Hamzah A.Hamid.