Home Berita PAS Kelantan

Pelancaran Keluarga Kota Bharu dapat sambutan

60
SHARE

KOTA BHARU, 28 Mac: Pelancaran Keluarga Kota Bharu peringkat parlimen Kota Bharu yang berlangsung semalam menyaksikan pelbagai acara serta program diadakan yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada sebelah petang dengan penyertaan dari pelbagai agensi yang terlibat.

Sempena pelancaran tersebut, turut diadakan juga Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan jualan pelbagai jenis barangan keperluan asas seperti gula, beras, telor, minyak masak, barangan kering dan juga basah yang ditawarkan dengan peratusan penurunan harga 15% sehingga 25%.

Ahli Parlimen Kota Bharu YB Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan berkata objektif PJKM adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna di kawasan Kota Bharu bagi menikmati tawaran harga barangan yang murah.

Sementara itu, pada majlis yang sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyumbangkan RM 90 ribu melalui tanggungjawab sosial korporatnya kepada Program Ambang Ramadan bagi tahun 2022 untuk parlimen Kota Bharu.

Manakala, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut menyumbangkan sebanyak RM 100 ribu kepada 20 buah masjid di sekitar Parlimen Kota Bharu, dan setiap masjid akan menerima RM 5000.

Turut hadir ADUN Tanjong Mas YB Rohani Ibrahim, ADUN Bunut Payong YB Dato’ Dr Ramli Mamat,Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tuan Azanizam Affendi dan beberapa jemputan yang lain.