Home Berita PAS Kelantan

Pelancaran “Ghobok Makane” untuk warga Kuala Krai

102
SHARE
KUALA KRAI, 4 Jun: Hari ini, Parlimen Kuala Krai telah melancarkan “Ghobok Makane” kepada warga Kuala Krai yang terkesan pada Lockdown kali ini dengan usaha Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff.
“Ghobok Makane” ini elemennya ialah beberapa keperluan asas untuk mereka yang memerlukan. Ia akan di letakkan di 39 stesen iaitu di rumah setiap penghulu mukim termasuk penghulu kaum Cina dan India.
Warga kampung yang perlu kepada bantuan makanan boleh datang sendiri ke rumah penghulu mereka untuk mendapatkan bekalan makanan yang diperlukan.
Bagi warga Cina dan India mereka boleh dapatkan bantuan makanan daripada penghulu tanpa mukim yang mewakili mereka di DUN Mengkebang dan DUN Guchil. Manakala warga Cina di DUN Manek Urai dan warga India di DUN Dabong boleh dapatkan daripada penghulu mukim mengikut kampung mereka.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengajak mereka yang mahu menyumbang barangan makanan dengan terus menghantar ke rumah penghulu mukim masing-masing atau hubungi pusat operasi. Tujuan “Ghobok Makane” ini dijalankan dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu warga Kuala Krai yang terkesan akibat Lockdown kali ini.