Home Berita PAS Johor

Pelan Pemulihan Negara : PAS Johor sokong

49
SHARE

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari pandemik Covid-19.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat (4) fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.

Fasa pertama (1), Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4, 000 kes. Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana. Dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Fasa kedua (2), aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis. Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Dan senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor. Tetapi, aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Fasa ketiga (3), semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup. Dijangka boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau “threshold” seperti purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.

Juga melihat, sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi. Dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021. Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi. Sektor ekonomi juga akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua.

Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat. Dan semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.

Fasa Keempat (4), purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes. Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi. Dan 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021. Fasa Keempat ini adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.

Setelah melihat Pelan Pemulihan Negara ini, PAS Johor menyokong tindakan kerajaan ini dan tumpuan semua pihak mesti menghala kepada kepada pemulihan negara dan kesejahtaraan rakyat.

#KerajaanPrihatin #MenangBersama

USTAZ ABDULLAH HUSIN

Pesuruhjaya

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

16 Jun 2021 | 4 Zulkaedah 1442H